May 15, 2011

UNTUK YANG DIRINDU

bila saya rindukan dia
saya akan kirimkan doa saya
sebab saya percaya
tiada siapa yang boleh menjaga dirinya
lebih baik dari Yang Maha Esa =)



rindu IBU, rindu AYAH, rindu  ABANG, rindu KAKAK, rindu KAKAK :) , rindu KAWAN SEPERMAINAN, rindu SAHABAT SEPERJUANGAN..alamak..banyaknya yang saya rindu..takpe, takpe..Allah kan ada..semoga Tuhan sentiasa memelihara insan-insan yang saya rindui..biarlah jauh dimata, asalkan sentiasa dekat dihati.....eytt , kamu, rindu kamu juga ^^) ..

May 01, 2011

sekadar renungan bersama ..

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

Siapakah Orang Itu?



Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

tenanglah duhai hati :)


Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

April 18, 2011

susahnya mahu menjaga sekeping hati ..

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba
(Saujana~Suci sekeping hati)


 Nak jadi baik..tapi banyaknya halangan yang menduga. Iman dahlah cuma setipis kulit bawang...senang sangat dicarik-carik. Hati ni...mudah sangat berbolak-balik. Tak tetap pendirian. Hari ni berazam, esok dah lupakan. Tahu..tapi buat-buat tak tahu. Ingat tapi buat-buat lupa. Tewas dengan nafsu dan godaan dunia. 

Sedih dengan diri sendiri. Cemburu dengan orang lain. Tengok orang baik-baik..teringin nak jadi macam mereka. Rasa macam rendah sangat diri ni. Selalu terfikir..bestnya diorang..kenapa aku tak boleh jadi macam tu...tapi usaha?? entah kemana...sikit sangat. Bila dah ada usaha pulak..alahai susahnya nak istiqamah. 

Kadang-kadang rasa macam....ishkk..aku tak layak jadi macam diorang. Rasa macam banyak sangat kekurangan diri ni. Tapi takkan nak terus hidup dalam kekurangan tu? Takkan tak pernah nak mencuba untuk berubah...walaupun sikit..pelan-pelan usaha..Sedar diri ini memang bukan manusia sempurna...ada dosa, ada noda. Tapi itu bukan alasan untuk tak berusaha untuk memperbaiki kekurangan. Tahu tu..sedar tu..tapi..ishkk...hati masih beralasan. 

Kadang-kadang rasa macam hipokrit.....rasa macam ini bukan aku..Tapi kalau tak paksa diri sendiri, siapa lagi? Bukannya nak jadi orang lain...cuma nak jadi orang yang lebih baik..Susah sangat ke?? Memang la susah...jalan kebaikan memang susah...kenapa? Sebab syurga itu indah. Orang yang layak je boleh dapat. Layak ke aku??? 

Ighfir zunubi ya Allah...

April 17, 2011

Untukmu Adam & Hawa

Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang. 

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
  
Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...

Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa:)

 Begitu juga Hawa...
MAHALkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki ..

Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu ...<3

 Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian ..

 Dan ..
  
Untukmu Adam :

Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.

Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.

Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri:))

Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

 Untukmu Hawa :

Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati.

Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.

Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.

Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam ...:)

JANGAN !



Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah...

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya

April 09, 2011

nasihat imam al ghazali .

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawaban yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "Masa Lalu". Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban sampean benar, kata Iimam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "Meninggalkan Sholat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "Lidah Manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

April 08, 2011

KEBANGGAN SAYA :)

heyy heyy . maw cerite niyh . smk agama kl bwad open day hari ahad ( 3 april ) . wahh , penat derr tyme hari uhh . bole trcabut lutut ak uhh . adehh , penat penat ~ . bangon dr tido uhh , semangat gilee kot . haha . bese aa , ade bnde best2 kann . naa taw ta , AFFRIZAL ISMA , AFIF AZHAN , FIKRI ZAMRI , AZRUL IZHAM , IQBAL ,  NUR SALAM , AKU ,  bwadd persembahan nasyid. wahaha , hancor lebor doll . mane ta hancor , praktis pon taa , hehe . slek pertama dibuat oleh FIKRI ZAMRI , tyme nyanyi , ta egat lirik --' . bagos btol . haha . tyme dia ta egat lirik .*act , tanak cite mende uhh . tp da trtaip lahh , penat na tekan buton " backspace" niyhh . pas nasyid uhh , team "sam bas" lawan futsal . team f2 aa uhh .perlawanan pertama kene lawan team orang besar . --' . takpe , pikir mng . sblm lawan , kteorg pkai bju sume sme , ramai ckap , " baju da smngat , kalah tataw laa " . huhh . tension betol ~ . hmm .takpee , kami buktikan . haha ! ahli ahli team uhh


MUHAMMAD HAZIQ SANUSI  - striker
MUHAMMAD AFIF AZHAN - defend / striker
MUHAMMAD AMMAR BASARUDDIN  - midfield
MUHAMMAD NUR SALAM - defend
MUHAMMAD IQBAL - midfield
AZRUL IZHAM - defend / midfield
AFLAH AMINUDDIN - keeper

PEMAIN SIMPANAN : NAJMI , AFFRIZAL


..... uishh . match pertama , alhamdulillah menang :) . menang penalti . mule2 satu team dahh down sebab ketinggalan 1-0 , tp alhamdulillah , haziq dapat satu gol . yeahh ! semangat naek ! . tett , tett , bunyi wisel sudah berbunyi . penentuan penalti menjadi harapan kami . kami telah pon MENANG  :) .

...pusingan seterusnya , lawan ngn org besar agy . adoihh . same cam match pertame . menang penentuan penalti .  alhamdulillah . :) .


....kami masok quarter final .. lawan team f5 tyme abg aku f1 , means f5 2008 . perghh . dorang pnye brlagak , kalah org plg brlagak dlm malaysia niyh . haihh . saba jehh tyme dorang brlagak .ade yg ckap " tayah maen btol2 , hebad ke dorang niyh ? " . ade yg ckap , " aku tak penat langsung lawan ngn dorang " . ade yg ckap , " kite gol dulu , pasuh maen2 ngn dorang" . uishh . ayat ayat uhh satu satu telinga aku dengar . mentang2 dorang gol awal , bole bnyk bunyi kann .tp kan , na habes perlawanan , kami dpt satu gol :) . alhamdulillah . gol yg dijaringkn oleh AZRUL IZHAM yg di pasing oleh AMMAR BASARUDDIN . haha .last2 , cm bese penentuan penalti lahh jawapannye . menang lagi bhaii . tyme uh sume jerit cm org gyle kott . bangga + seronok = tahh aa . tataw . alhamdulillah .

.... dpat msok semi final . hehe . seronok btol . bangaa kot . kteorg pasukan plg kecik msok semi final . :) . emm . lawan ngn team f5 . perghhh . payah tuu . haha . main nye main , dorang dahh dpt jaring 2 gol . fuhh . takpe , semngat semangat . :) . tp bukan rezeki , 2nd half kami dpt 1 gol jee .  AFIF AZHAN  yg jaringkan gol uhh .kalah 2-1 dgn f5 . haha ! tapee . bkan rezeki kami . dpt g penentuan tempat ke 3 . kteorg kalah , so dpt no 4 . no 3 team f4 . haha . team abg aku . kalah tanpa bertanding . tp law tanding , kalah asenye . hehe .akhirnya , no 4 lahh tempat kami . takpee , oke laa uh kan dr last year . last year , psingan prtame daa kalah .hehe .


.....fuhh , penat betol . kiteorg ta sempat lawat gerai2 yg laen . taww gerai sendiri jeaa . sedeh btol ~ . sedar sedar , dlm poket aku ade kupon rm 3 , rm 3 , rm 2 , rm1 , rm1 ..haha . bazer jehh . hmm .pas maen , satu team na tercabot kaki . haha . krem derr .dahh dahh . takan na cite smpai malam kott kan ? haha . tanak cite :P .hehe .

PASUKAN SAM BAS , tahniah eaa . hehe . k laa , maw out . tata . assalamualaikum .. :) .

March 18, 2011

bacalah ayat kursi sebelum anda tidur :)

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."

March 17, 2011

Mampukah kita menjadikan musuh sebagai sahabat?

Mampukah kita menjadikan musuh sebagai sahabat? mungkin sebuah kenyataan yang sulit untuk kita renungi dan kita lakukan, bisakah kitamampukah kita ? menjadikan musuh sebagai kawan ? sebagai sahabat ? bahkan sebagai saudara ? tetapi sebuah kenyataan dalam sebuah kisah yang akan vienka berikan di sini,  kisah ini saya dapatkan dari notes seorang teman di facebook ,
ketika itu air mata tanpa tersadar mengalir begitu saja membaca kisah  ini ,  sungguh kisah yang amat patut untuk kita jadikan bahan renungan , dan betapa diri ini merasa amat hina, bisakah kitamampukah kita ? menjadikan musuh sebagai kawan ? sebagai sahabat ? bahkan sebagai saudara ?  silahkan simak cerita di bawah ini sampai selesai semoga dapat membuka fikiran kita semua untuk selalu saling mengasihi terhadap sesama , Merubah musuh menjadi kawan setia . . .


Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata :
Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”.
Namun setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Rasulullah SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha (salah satu istri Rasulullah SAW). Beliau bertanya kepada anaknya,
“Anakku adakah sunnah kekasihku (Muhammad) yang belum aku kerjakan?”.
Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya,
“Wahai Ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja”.
“Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a.
“Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya.
Sebagaimana kita ketahui bersama Abu Bakar r.a adalah sebagai Amirul Mu’minin (Khalifah/Raja/Presiden seluruh ummat Islam pada waktu itu.
Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak,
“siapakah kamu?”.
Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa”.
“Bukan!, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”,
jawab si pengemis buta itu,
“Ketika ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku dengan lembut”, pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
“Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.”
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun ikut menangis, kemudian berkata,
“Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…”
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya mengucapkan “Asyhadu An-Laa Ilâha Illallâh WA Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullâh..” dihadapan Abu Bakar r.a.
Hikmah Apa yang bisa kita petik dari kisah  ini ? Setidaknya ada 2 pelajaran besar yg dapat kita ambil dari kisah di atas:

Beginilah akhlak orang paling Mulia yg pernah ada dipermukaan bumi ini. Rasulullah SAW…. suri tauladan kita.
Rasulullah SAW memiliki akhlakul Adzimah. Akhlak yang bisa mengubah orang yang memusuhi kita menjdi kawan pembela yang setia.
Akhlak dibagi tiga :
1. Akhlakul hasanah : kebaikan dibalas kebaikan
2. Akhlakul karimah : kebaikan dibalas dengan lebih baik
3. Akhlakul adzimah : kejahatan dibalas kebaikan
Semoga Artikel ini bermanfaat dan dapat  membuka fikiran kita semua untuk saling mengasihi  terhadap sesama :) .

Ukhuwwahfillah abadan abada....???

 

 

“Kak, apa maksud ukhuwwahfillah abadan abada tu?” adik lelakiku bertanya ketika dia membaca mesej-mesej di dalam telefon bimbitku. “Ukhuwwahfillah tu persaudaraan ataupun persahabatan kerana Allah…abadan abada tu pula maknanya buat selama-lamanya…”kataku dengan confident level yang tinggi. Wajahnya mempamerkan kekaguman. “Macamana bersahabat kerana Allah?”soalnya lagi. Aku menelan air liurku. Hehe…camana ek…?desisku di dalam hati.

* * * * * * * * * *

Bagaimana bersahabat kerana Allah?

Seorang sahabat yang bersahabat keranaNya seharusnya mempunyai 12 ciri di bawah:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargainya atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik padamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9.Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahanmu itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11.Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga persahabatan kamu.

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda: :”sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan padanya, nescaya Allah mengurniakannya seorang teman setia yang salih, jika sekiranya ia terlupa(lalai) ia menolong memberi peringatan dan apabila temannya itu memperingatkannya ia akan menolongnya”
Mudah-mudahan kita adalah golongan yang bersahabat keranaNya….amin…

-Wallahua’lam…-

TEMUDUGA TERBUKA !

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.



TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

"INGATLAH SESUNGGUHNYA KEMATIAN ITU SENTIASA BERADA DI BELAKANGMU"(IMAM GHAZALI)
T

Hati Kristal . :)

...Aku masih ingat waktu aku tiba di kawasan ini. Masuk kali ini sudah empat kali aku bertukar sekolah, semuanya disebabkan pekerjaan ayahku sebagai seorang guru. Ayahku sering berpindah dari satu sekolah ke satu sekolah. Kali ini kami berpindah pula ke sebuah kawasan pekan kecil. Satu perkara yang sangat menarik perhatian aku semasa sesi untuk aku memperkenalkan diri di kelas baruku adalah satu-satunya pelajar yang tidak mengambil tahu langsung kehadiranku sebagai pelajar baru di kelas itu. Aku tidak berkecil hati, kerana apa yang aku lihat dari redup matanya yang memandang ke luar tingkap tersimpan sebuah kesedihan. Hatiku tertarik untuk mengenalinya lebih rapat. Kebetulan guru kelasku mengarahkan aku duduk di tempat duduk kosong di sebelahnya. Saat aku menanyakan namanya, dia cuma menjawab tanpa memandangku.

“Termenung jauh nampak?”tegur Zahra kepadaku.Aku hanya tersenyum. Zahra kini sudah mesra denganku,menerimaku sebagai sahabatnya. Dia merupakan sahabat yang sangat baik, walaupun aku tak mengerti sesetengah sikapnya. Miza yang selalu berbaik kepadanya selalu dilayannya dengan kasar. Setahuku, Miza merupakan adik tirinya . Ayahnya berkahwin dengan ibu Miza setelah kematian ibunya. Semua itupun aku tahu setelah diceritakan Miza. Pada pandanganku Miza seorang yang baik dan selalu ingin berbaik dengan Zahra. Cuma Zahra yang kelihatan agak kejam kepadanya. Tapi aku tahu, Zahra seorang yang baik meskipun aku tak tahu kenapa dia harus bersikap begitu. Pernah sesekali aku bertanya kepadanya,namun jawapan yang aku perolehi hanyalah senyuman pahit darinya hingga aku bosan untuk bertanya lagi.”Petang ni boleh temankan aku ke pekan tak?””Boleh,insyaAllah…nak beli apa?”soalku sekadar bertanya. “Beli hadiah untuk adik…hari ni hari lahir dia”jawabnya sambil tersenyum manis.Dia pernah bercerita kepadaku tentang satu-satunya adiknya itu. Dia sangat menyayangi adiknya dan merasa dialah orang yang paling terdekat buatnya. Dia takut kehilangan adiknya yang disahkan menghidap barah hati itu.

Petang itu kami ke kedai yang menjual cenderamata. Kulihat Zahra terlalu asyik membelek-belek barangan Kristal berbentuk hati di hadapannya. “Berkenan ke?”soalku.Dia tersenyum.”Kristal ini cantik, bersih dan jernih..saya harap hati saya pun sejernih itu…saya harap hati orang lain pun sejernih itu…”ujarnya dengan wajah yang sayu.”Saya teringat hadis Rasulullah S.A.W. ,hadis mengenai hati…Rasulullah bersabda,bila hati baik seluruh anggotanya pun akan baik..tapi macam mana dengan orang yang berbuat baik didepan orang lain tapi dengan niat yang tersembunyi..contohnya nak orang lihat dia baik…ataupun nak menarik perhatian orang lain…?”soalnya pula.”Itu salah satu sifat munafik,kan?”jawabku dengan sebuah persoalan kepadanya. Dia mengangguk dengan wajah yang sedih. “Kenapa tiba-tiba cakap macam tu pula?sedih je awak ni….”soalku lagi.”Tak ada apa sangatlah…jom kita balik”. Kami beriringan melangkah ke stesen bas untuk pulang ke rumah. Tiba-tiba Zahra berhenti dan memandangku sayu. Aku turut berhenti memandangnya hairan.”Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya walaupun saya ni tak baik…terima kasih sebab bersangka baik dengan saya…”ucapnya dengan senyuman sayu. “Kenapa…”belum sempat aku menghabiskan soalanku,tiba-tiba sebuah kereta yang hilang kawalan terbabas ke tepi jalan lalu merempuh semua di hadapannya termasuk Zahra yang berdiri jauh sedikit dariku. Aku terpaku melihatnya terbaring kaku di hadapanku dengan tubuhnya yang berlumuran darah.
* * * * * * * * * * *

Sudah seminggu kejadian itu berlalu…Aku terlalu merindui sahabatku itu. Kelmarin,aku ke rumahnya dan bertemu dengan adik kesayangannya. Wajahnya saling tak tumpah dengan sahabatku itu. Aku terlalu merinduinya,ya Allah… Dia menyerahkan kepadaku sebuah buku usang yang tercatat di atasnya ‘Zahra’.Katanya aku patut membacanya. Dia juga memberitahuku bahawa hati Zahra telahpun berada di dalam tubuhnya kini atas pesanan yang Zahra tuliskan di buku usang itu. Seusai membacanya, air mataku berlinangan. Sungguh baru aku mengerti dirinya sepenuhnya kini. Selama ini Miza yang kupandang baik rupanya hanya bermuka-muka di hadapan orang lain supaya dikatakan seorang yang baik sedangkan hakikatnya selama ini dia terlalu banyak menyakiti Zahra dan adiknya. Dia sering memburuk-burukkan Zahra dan adiknya dan berbuat baik dihadapan orang tua mereka supaya mendapat perhatian mereka. Malahan, Miza juga berbuat begitu dihadapan orang lain sehingga orang lain menganggap Zahra lah yang tidak baik. Hatiku tertanya-tanya,apalah ertinya pandangan manusia jika dibandingkan dengan pandangan Dia yang sentiasa melihat dan maha mengetahui? Aku bagaikan terdengar-dengar kata-kata Zahra tentang kristal sebelum dia pergi. Sesungguhnya hatinya sungguh bersih…biarpun disakiti, dia tidak suka berkata mengenai keburukan orang lain….Hati itu terlalu bersih seperti kristal… Ya Allah,kurniakanlah aku hati sejernih itu,amin…


PERISTIWA SUBUH .

... Sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Namun, kemerduan suara itu seolah-olah mendodoikan aku yang sedang lena diulit mimpi. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Tapi, Dwi gabungan pakatan kejahatan, syaitan dan nafsu terlebih dahulu memekakkan telingaku, disumbatnya rongga telinga itu dengan bisikan-bisikan jijik, "Alangkah enaknya kalau kau teruskan tidurmu itu wahai manusia.. Tidurlah.. Kau penat bekerja disiang hari, berhempas pulas berusaha untuk mencari sesuap nasi.. Apa salahnya kau berehat sedikit?"
Biasa dengar alasan ini? Bukankah ini alasan kalian juga wahai saudaraku? Usah tipulah. Aku manusia. Kau juga manusia. Punyai kawan bernama syaitan.. Punyai hati bersalut nafsu. Tewas muslim itu pagi ini. Syaitan bukan setakat bertepuk tangan, bersorak, menari, berguling, ketawa meraikan kecemerlangan mereka. Usaha mereka membuahkan hasil. Muslim tadi kembali menarik kulit babi yang tadinya terselak sedikit. "Biarlah.. Aku penatlah hari ini.."
Disatu tempat yang lain, sayup-sayup kedengaran laungan azan tatkala hening pagi, laungan mengajak manusia untuk menunaikan solat itu sungguh merdu sekali. Kemerduan itu bagaikan hembusan yang amat kuat menerpa telingaku. Aku sedar, aku dengar, aku tahu itu azan, laungan memanggilku menunaikan solat. Lalu, aku bingkas bangkit. Digosok-gosok mata ini. Terkebil-kebil ke kiri. Terkebil-kebil ke kanan. Alhamdulillah. Syukur. Allah tiupkan roh ku kembali pada tubuhku. Lenguh rasanya badan ini. Sengal di sini. Sengal di sana. Penatnya seharian berkerja semalam masih tak hilang lagi. Pakatan tanpa senjata itu muncul lagi, Syaitan memulakan rutinnya seperti biasa. "Dah tahu penat tu tidur jelah. Rehatkan dirimu dulu wahai manusia. Badanmu lenguh, penatmu masih belum hilang lagi. Tidurlah dulu. Kemudian bangunlah semula." Arggghh! Nafsu tidurku membuas lagi. Mengantuknyaa. Biarlah. Aku impikan ganjaran 27 kali ganda itu. Aku impikan melalui titian sirat sepantas kilat. Telapak kaki ini mencecah ke lantai simen yang sejuk. Burrr. Dinginnya. Ahh. Pedulikan! Menujulah aku kerumah Allah yang satu.
Yang mana satu dikau wahai manusia? Pilihlah. Kita serupa. Punyai nafsu. Punyai kawan bernama syaitan. Tapi iman yang membezakan kita. Tinggi ke rendah?? Laratkah kita menjadi singa Allah yang mengaum sedangkan menghalang menguap pun tak mampu?? Sahabat2 seperjuangan, berapa byk nikmat Allah yg kita kecapi hari ini?? Demi Allah! Semuanya tidak terhitung! Apalah salahnya dkorbankan saat kelazatan tidur di kala subuh utk berjemaah?Ingat! Selangkah kita rapat padaNYA, seribu langkah Allah rapat pada kita. Allahu rabbi.