March 16, 2011

DUHAI MUSLIMAT .....

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka , atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau para pelayan lelaki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan), atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beruntung."
(An - Nur: 31)


Wahai muslimat, beruntunglah kerana Allah berikan petunjuk melalui firmanNYA di atas. Cara untuk menutup aurat dan kepada siapa yang boleh diperlihatkan. Cuba kita renungi, betapa Allah amat menyayangi kalian sebagai hambaNYA dan memberi kalian panduan untuk kalian selamat di dunia yang DIA ciptakan ini.


Melihat situasi pada hari ini kadang-kadang membuatkan aku untuk berfikir dan membuat satu kesimpulan. Apa yang dapat kusimpulkan melalui cara pakaian muslimat/ wanita muslim hanyalah, menutup aurat bagi mereka adalah menutup rambut. Kita boleh lihat dengan wujudnya fesyen tudung yang hanya seperti skaf yang menutup rambut, tapi bezanya ianya dihias dengan bunga ditepi dan nampak lebih bergaya.





Masyarakat kita di zaman ini adalah masyarakat yang suka mengikut tapi tidak tahu untuk berfikir. Adakah apa yang ingin diikuti itu adalah baik atau sebaliknya. Tapi manusia pada realitinya lebih suka pandang pada zahirnya tapi tidak mahu untuk memandang jauh di sudut hati dan nurani, yang penting bagi mereka ianya anggun dan cantik pada pandangan manusia. Wahai saudariku, pandangan manusia kita tidak boleh bawa ke akhirat nanti, pentingkanlah pandangan Allah untuk kesenanganmu di sana.


Kepada semua muslimat,
1. Pakailah tudung yang panjang dan dapat menutupi dadamu.
2. Tudung yang tebal dan Tidak memperlihatkan tengkungmu.
3. Pakailah baju yang tidak menunjukkan susuk tubuhmu.
4. Pakailah seluar yang tidak menunjukkan bentuk kakimu.
5. Pakailah baju yang labuh dan dapat menutupi lenggokmu.
6. Pakailah stokin untuk menutupi kakimu.
7. Pakailah kasut yang bertapak getah untuk tidak menarik perhatian.


Ingatlah wahai muslimat, Allah ciptakamu dengan keadaan yang cukup indah dan sempurna. Jika kamu ingin keindahan itu kekal ada padamu, tutuplah ia dan peliharalah ia untuk orang yang sepatutnya engkau perlihatkan.

No comments:

Post a Comment